Peluang Pang Ron-Su Yin bangkit di Kejohanan Badminton Asia

KUALA LUMPUR – Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, bakal membuat penampilan sulung bersama dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China, dari 8 hingga 13 April ini, yang dianggap peluang terbaik untuk mereka mendapatkan semula keyakinan.

Walaupun Pang Ron pernah beraksi dalam kejohanan ini bersama Cheah Yee See di Filipina tiga tahun lalu, kali ini dia dan Su Yin tidak diberikan sasaran tinggi oleh barisan kejurulatihan.

Ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto, berkata beliau enggan memberi tekanan berlebihan kepada pasangan itu kerana bimbang ia menjejaskan prestasi mereka di gelanggang.

\”Sebelum ini, kami menetapkan sasaran kepada Pang Ron-Su Yin, tetapi keputusannya tidak menjadi. Jadi, di BAC kali ini, kami tidak akan memberikan tekanan kepada mereka,\” kata jurulatih dari Indonesia itu.

Beliau juga mengakui bahawa pasangan beregu No.14 dunia itu masih bergelut untuk menampilkan aksi konsisten dan berharap mereka dapat mempamerkan prestasi lebih baik.

\”Tahun ini mereka masih belum mencapai prestasi terbaik, jadi harapan saya adalah mereka boleh menjadi lebih baik dan konsisten. Mudah-mudahan di BAC nanti, mereka dapat mengeluarkan permainan sebenar mereka,\” katanya.

Pasangan ini sebelum ini sering tersingkir awal dalam kejohanan yang disertai sejak Januari, dan BAC menjadi platform penting untuk mereka kembali ke prestasi terbaik.

BACA JUGA:  Amsyar kena kecam, netizen kata lagu Bukan Lagi Kita hanya untuk perempuan sahaja
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...