Keputusan rayuan Syed Saddiq ditetapkan 25 Jun

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini menetapkan 25 Jun depan sebagai tarikh keputusan bagi rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, terhadap sabitan dan hukuman melibatkan empat pertuduhan berkaitan penyelewengan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Tarikh tersebut disahkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika dihubungi pihak media selepas pengurusan kes berhubung penetapan tarikh keputusan hari ini.

Pada tarikh berkenaan, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim akan memutuskan sama ada rayuan Syed Saddiq, 33, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman berjaya atau sebaliknya.

Panel yang turut dianggotai oleh Hakim Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin itu sebelum ini telah mendengar hujahan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan selama tiga hari pada 19 dan 20 Mac serta 17 April lalu.

Syed Saddiq diwakili barisan peguam bela yang diketuai oleh Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik. Manakala pihak pendakwaan selaku responden diwakili oleh Datuk Wan Shaharuddin dan Farah Ezlin Yusop Khan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram melibatkan dana Armada.

BACA JUGA:  Video palsu guna imej Agong tular di TikTok, PDRM buka kertas siasatan
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...