Stereng gagal berfungsi punca rempuhan kemalangan maut anggota FRU

TELUK INTAN – Kegagalan fungsi stereng sebuah lori membawa muatan pasir dipercayai menjadi punca kemalangan ngeri melibatkan trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5 dari Ipoh di Sungai Lampam, Simpang Tangki Air, dekat sini pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kemalangan tragis itu dimaklumkan kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Hilir Perak oleh talian kecemasan MERS999 sekitar pukul 8.51 pagi.

“Sebuah kenderaan peronda (MPV) PK 251 telah diarahkan ke lokasi kejadian. Pemeriksaan awal mendapati lapan pegawai rendah polis (PRP) FRU termasuk pemandu lori maut di tempat kejadian.

“Enam lagi anggota FRU cedera parah manakala empat lagi mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, trak FRU Unit 5 itu sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan penugasan sempena sambutan perayaan Chitrapournami di kawasan Hilir Perak.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan FRU telah dirempuh dari arah hadapan oleh lori muatan pasir yang dipercayai mengalami kerosakan pada sistem stereng,” jelasnya.

Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tersebut.

“PDRM Perak amat bersimpati dan mengucapkan salam takziah kepada keluarga anggota yang terlibat dalam tragedi ini,” katanya lagi.

BACA JUGA:  Editor video Astro Awani maut, motosikal terbabas di NKVE
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...