Produk ikan sejuk beku mengandungi DNA babi berjaya dirampas

BUTTERWORTH – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk produk makanan sejuk beku yang mengandungi DNA babi dan ayam dari China ke negara ini.

Cubaan itu terbongkar hasil pemeriksaan yang dijalankan di pintu masuk Maqis di North Butterworth Container Terminal (NBCT) pada Selasa lalu.

Menurut Pengarah Maqis Pulau Pinang, Muhammad Ikram Abd Talib, pemeriksaan mendapati dokumen import yang dikemukakan mengandungi maklumat mengelirukan.

Produk yang diisytiharkan sebagai Frozen Cuttlefish Intestines, Frozen Cuttlefish Balls, dan Frozen Cuttlefish Tofu sebenarnya mengandungi DNA haiwan lain yang tidak dinyatakan dalam deklarasi asal.

“Analisis makmal yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan produk tersebut mengandungi DNA babi dan ayam, sekali gus melanggar deklarasi yang dibuat dalam dokumen import,” katanya dalam satu kenyataan media.

Konsainan dagangan itu yang seberat 51.3 tan dengan nilai keseluruhan RM63,534.57 telah disita serta-merta untuk siasatan lanjut.

Tindakan ini diambil di bawah Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), yang memperuntukkan tindakan terhadap pemalsuan atau maklumat import yang tidak tepat.

Tambah Muhammad Ikram, pengimport terlibat telah dikenakan kompaun dan produk tersebut telah dilupuskan sepenuhnya mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak Maqis tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan membawa masuk produk makanan yang melanggar syarat dan peraturan, khususnya melibatkan isu keselamatan makanan serta sensitiviti agama pengguna di Malaysia.

“Kami komited memastikan semua produk makanan yang dibawa masuk ke negara ini mematuhi standard keselamatan dan pengisytiharan yang tepat agar keyakinan rakyat terhadap sumber makanan terus terjamin,” ujarnya.

BACA JUGA:  Sijil halal ditarik balik, dua hotel lima bintang anjur parti arak
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...