\’Gemuk\’ hilang 31 jam ditemui selamat dalam semak Kampung Alai

MELAKA – Selepas lebih 31 jam dilaporkan hilang di dalam hutan, remaja lelaki, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, atau lebih dikenali sebagai Gemuk, akhirnya ditemui selamat di Kampung Permatang Pasir, Alai, awal pagi tadi.

Mangsa ditemui pada pukul 1.57 pagi oleh penduduk kampung bersama pasukan bomba yang terdengar suara mengerang dari arah semak di belakang sebuah rumah penduduk.

Menurut saksi, keadaan ketika itu amat sunyi sebelum mereka terdengar suara seperti meminta tolong lalu segera menghala ke arah bunyi tersebut sebelum menemui remaja itu dalam keadaan lemah.

“Gemuk terlalu lemah dan tidak mampu berjalan sendiri. Anggota bomba terpaksa memapahnya keluar sebelum dibawa ke rumah penduduk untuk diberi rawatan awal,” kata seorang penduduk.

Siaran langsung TikTok yang tular di media sosial turut memaparkan saat-saat menyentuh hati ketika remaja berbaju T hijau itu diselamatkan dalam suasana azan sedang berkumandang di lokasi kejadian.

Terdahulu, media melaporkan kehilangan Gemuk yang dilaporkan tidak pulang sejak petang kelmarin selepas keluar sekitar pukul 6.30 petang untuk mencari lembu milik bapa saudaranya di kawasan hutan berhampiran.

Kehilangannya mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan penduduk termasuk dakwaan bahawa dua buah kolam terbiar di lokasi pencarian dipercayai ‘keras’ dan mungkin berkait dengan insiden tersebut.

Lebih mengejutkan, seekor lembu betina yang turut dikatakan hilang akhirnya ditemui berhampiran kawasan sama selepas azan dilaungkan sekitar pukul 10 malam, walaupun kawasan tersebut telah digeledah lebih dua jam sebelumnya tanpa sebarang petunjuk.

BACA JUGA:  Mohamad Hasan hadir mesyuarat tergempar OIC di Jeddah, bincang krisis Palestin
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...