Pelajar mengaku bersalah lakukan amang seksual terhadap adik sepupu umur tujuh tahun

KLANG – Seorang pelajar universiti awam berusia 19 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap adik sepupunya yang ketika itu berusia tujuh dan lapan tahun.

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan terhadap tertuduh yang merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Sungai Buloh pada tahun 2023 dan 2024.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur \’Ayuni Jamri, tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu serius serta mangsa mempunyai hubungan kekeluargaan dengan tertuduh.

Namun begitu, sekiranya mahkamah membenarkan jaminan, beliau mencadangkan jumlah RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan bahawa tertuduh tidak dibenarkan mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan, secara langsung atau menerusi wakil.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon agar jaminan dikurangkan dengan alasan beliau masih muda, menyesal dan telah insaf atas perbuatannya.

Katanya, sepanjang hampir sebulan dalam tahanan reman, beliau telah merenung kesilapan dan bertaubat, selain menyatakan bahawa tiga adiknya masih bersekolah dan bergantung kepada bapa mereka untuk menyara kehidupan.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Ogos depan sebagai tarikh untuk mendengar laporan sosial daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum jatuh hukum.

BACA JUGA:  Lelaki tular pukul, tendang warga emas didenda RM5,500
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...