Sidang parlimen mahasiswa USM tonjol kepimpinan pelajar berwibawa

SUNGAI DUA – Sidang Parlimen Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) siri 2 sidang akademik 2024/2025 yang berlangsung hari ini berjalan lancar dan mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan pelajar.

Bermula seawal jam 8 pagi, program dimulakan dengan pemilihan Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP), sebelum diteruskan dengan sesi khas MPP Question Time (MPPQT) dan seterusnya pembentangan serta perbahasan lebih 15 usul berkaitan kepentingan mahasiswa dan pembangunan kampus.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Arif Esa berkata sidang ini membuktikan wujudnya budaya semak dan imbang yang konstruktif serta menyokong aspirasi USM sebagai universiti berteraskan suara mahasiswa.

“Kita dapat lihat bagaimana pemimpin-pemimpin pelajar tampil memberikan hujahan yang matang dan efektif dalam menyampaikan suara mahasiswa terus kepada pihak pengurusan tertinggi universiti. Ini adalah satu platform yang sangat bermakna,” katanya ketika ditemui MYBERITA selepas selesai sidang parlimen mahasiswa yang berlangsung di Dewan Persidangan Utama USM, di sini, hari ini.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga terhadap keterlibatan aktif mahasiswa sepanjang program, sambil menekankan bahawa ia mencerminkan tahap kematangan kepimpinan mahasiswa USM hari ini.

“Saya amat berpuas hati dan bangga. Sepanjang hari, kita tidak lekang daripada semangat dan kebanggaan yang ditunjukkan oleh para pemimpin pelajar. Ia menjadi simbol bahawa universiti ini benar-benar berada di landasan yang betul, naik taraf secara mendadak sehinggakan dikenali di peringkat antarabangsa,” ujarnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pengurusan tertinggi universiti, khususnya Naib Canselor, Dato’ Seri Naib Canselor USM atas kepimpinan dan usaha berterusan menjulang nama universiti di peringkat kebangsaan dan global.

Sidang ini turut disifatkan sebagai antara contoh terbaik keterbukaan universiti dalam mendengar pandangan mahasiswa dan memberikan ruang kepimpinan kepada generasi muda untuk mengekspresikan idea serta solusi kepada pelbagai isu kampus.

BACA JUGA:  "Saya lakukan untuk anak-anak", perjuangan sebak bekas banduan raih sarjana
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...