KPM nafi dakwaan gred A dan A- tidak layak masuk matrikulasi secara automatik

SELAYANG – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa tiada pekeliling dikeluarkan yang menyatakan pelajar mendapat gred A atau A- dalam SPM dianggap tidak cukup cemerlang untuk mendapat tawaran automatik ke program matrikulasi kerajaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menjelaskan, proses pemilihan pelajar ke program tersebut dijalankan secara adil dan telus, berdasarkan keutamaan, kuota dan merit pelajar.

“Tidak pernah sama sekali kita menyebut begitu. Untuk makluman, tahun ini adalah tahun paling tenang kerana kita telah menguruskannya dengan sangat baik,” katanya.

Menurut Fadhlina, 86 peratus pelajar yang layak masuk matrikulasi memperoleh 9A, manakala hanya 14 peratus mendapat 10A, justeru semua pelajar dinilai secara adil mengikut sistem sedia ada.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Pelajar Terbaik STPM, MUET dan SKBMW 2024 yang berlangsung di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina menjelaskan bahawa pelajar yang memperoleh 10A+ akan diberi kemasukan automatik mengikut dasar sedia ada, manakala pelajar lain akan dinilai berdasarkan merit.

“Tak pernah kata A- tidak layak atau tidak boleh mohon masuk matrikulasi. Semua dinilai ikut merit. Jangan risau, kita beri keutamaan kepada keadilan,” tambahnya.

Kenyataan ini sekali gus menafikan dakwaan tular yang mendakwa KPM telah mengeluarkan pekeliling pada 30 April lalu kononnya hanya pelajar 10A+ dan A sahaja layak automatik ke program matrikulasi sesi 2025/2026.

BACA JUGA:  Caprice bongkar rayuan \'influencer\' lepas didakwa hantar gambar lucah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...