Anak Melaka diseru pulang berbakti bangunkan negeri, peluang kerjaya terbuka

SUNGAI DUA â€“ Golongan mahasiswa anak Melaka di perantauan diseru agar kembali menyumbang kepada pembangunan negeri sejurus tamat pengajian, selaras dengan komitmen kerajaan negeri dalam membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membina masa depan yang lebih mapan untuk rakyat.

Seruan itu disampaikan oleh EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer, ketika berucap dalam Majlis Ramah Mesra YAB Ketua Menteri Melaka Bersama Mahasiswa, anjuran Persatuan Anak-Anak Melaka (PURNAMA) di Dewan Pembangunan Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM), malam tadi.

Dalam ucapannya, Datuk Hameed menekankan bahawa kerajaan negeri komited dalam menyediakan pelbagai inisiatif pembangunan merangkumi sektor pekerjaan, infrastruktur dan mobiliti belia bagi memastikan bakat tempatan tidak terpinggir.

“Peluang pekerjaan sedang kita perluaskan, sama ada dalam sektor kerajaan mahupun swasta. Apa yang penting, anak-anak Melaka perlu bersedia dan yakin untuk pulang, kerana negeri kita sedang berkembang pesat. Ini masa terbaik untuk sama-sama membina Melaka,” katanya.

Beliau turut menyentuh tentang pembangunan infrastruktur yang sedang dijalankan di seluruh negeri termasuk projek jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan awam luar bandar. Semua ini, ujarnya, memberi impak langsung kepada kualiti hidup rakyat, dan membuka ruang untuk penglibatan generasi muda dalam aspek pembangunan lestari.

Majlis ramah mesra itu yang dihadiri lebih 300 pelajar USM turut menjadi platform perkongsian halatuju negeri, khususnya berkaitan kebajikan belia dan pelajar.

Turut berucap, Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Melaka (PURNAMA), Ahmad Irshad Rostani yang menyatakan penghargaan atas kesediaan pimpinan negeri turun padang menemui mahasiswa.

“Kehadiran YB Datuk Hameed mewakili YAB Ketua Menteri membuktikan bahawa suara anak muda didengari. Kami di perantauan akan terus menyokong usaha pembangunan negeri dan ramai antara kami memang berhasrat untuk kembali berbakti di kampung halaman,” katanya.

“Dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 dan cabaran global, mahasiswa perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan pengetahuan akademik, tetapi juga kemahiran insaniah, kepimpinan dan jati diri. Maka, saya amat menggalakkan ahli-ahli PURNAMA agar sentiasa aktif dalam penglibatan sosial, melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, serta menjalin hubungan yang erat sesama ahli, demi mencipta jaringan sokongan yang kukuh sepanjang tempoh pengajian,” tambahnya lagi.

Tambah beliau, PURNAMA akan terus menjadi jambatan yang menghubungkan anak-anak Melaka di institusi pengajian tinggi dengan agenda pembangunan negeri, termasuk melalui program ilmiah dan jaringan kerjaya.

BACA JUGA:  Tuduh \'gila kuasa\', mahasiswa Pahang tuntut KMUM dan portal berita mohon maaf terbuka

Majlis turut diserikan dengan sesi interaksi bersama pelajar, persembahan kesenian serta penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat.

Dengan sokongan kukuh daripada pimpinan negeri dan semangat jitu dalam kalangan mahasiswa, usaha membina Melaka yang lebih progresif dan inklusif dilihat mampu direalisasikan melalui kerjasama erat antara generasi muda dan kerajaan negeri.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...