Sabtu | 19/09/2026 | 3:08:14 pm
HomeGaya HidupAziz M Osman, Ara umum tarik diri TTMM

Aziz M Osman, Ara umum tarik diri TTMM

SHAH ALAM – Pasangan bapa dan anak, Aziz M Osman serta Ara, membuat keputusan mengejut untuk menarik diri daripada rancangan realiti Talk To My Manager (TTMM) pada konsert minggu keempat yang berlangsung semalam.

RINGKASAN BERITA
  • Tindakan itu sekali gus menjadikan mereka pasangan pertama meninggalkan pentas TTMM selepas tiga minggu tanpa penyingkiran.
  • Aziz ketika ditemui selepas tamat konsert berkata, keputusan itu diambil kerana kekangan masa antara dirinya dan Ara yang tidak dapat dielakkan.
  • Menurutnya lagi, dia turut menyedari kemampuan nyanyian anaknya tidak setanding peserta lain yang lebih menonjol dalam bidang vokal.
  • Sementara itu, Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra, 14, berkata dia mahu memberi peluang kepada peserta lain yang lebih layak bersaing di pentas…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Tindakan itu sekali gus menjadikan mereka pasangan pertama meninggalkan pentas TTMM selepas tiga minggu tanpa penyingkiran.

Aziz ketika ditemui selepas tamat konsert berkata, keputusan itu diambil kerana kekangan masa antara dirinya dan Ara yang tidak dapat dielakkan.

“Kami tak dapat elak menarik diri kerana terdapat pertembungan masa saya dan juga Ara. Bakat Ara lebih kepada membuat persembahan daripada menyanyi.

“Selama empat minggu saya cuba masukkan elemen lakonan dan bercerita dalam persembahan Ara. Namun bila saya terlalu fokus kepadanya, kerja lain terabai. Ara juga perlu bahagi masa dengan pelajaran,” jelas Aziz.

Menurutnya lagi, dia turut menyedari kemampuan nyanyian anaknya tidak setanding peserta lain yang lebih menonjol dalam bidang vokal.

“Saya rasa tidak adil untuk Ara. Dia perlu bekerja keras untuk bersaing dengan peserta lain yang lebih hebat. Ara lebih sesuai dalam bidang lakonan dan pengacaraan,” katanya.

Sementara itu, Ara atau nama sebenarnya Puteri Nur Azzahra, 14, berkata dia mahu memberi peluang kepada peserta lain yang lebih layak bersaing di pentas nyanyian.

“Saya tak boleh fokus buat banyak perkara dalam satu masa. Menyanyi bukan kelebihan saya, rakan-rakan lain jauh lebih hebat. Jadi lebih baik saya beri peluang kepada mereka yang benar-benar mampu,” katanya.

Dengan penarikan diri Aziz dan Ara, kini tinggal tujuh pasangan lagi yang akan berentap pada minggu kelima iaitu Saerah dan Amad, Shuib dan Thalita, Sharifah Shahirah dan Auddra, Ameng dan Amad, Ina Naim dan Hadie serta Sharifah Zarina dan Athalia. – MYBERITA

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Sabtu, 19 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|