Khamis, 25 Jun 2026
spot_img
HomeTerkiniPemimpin BN tiba di Seri Perdana bertemu PM malam ini

Pemimpin BN tiba di Seri Perdana bertemu PM malam ini

PUTRAJAYA – Suasana di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, malam ini menjadi tumpuan apabila beberapa kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah dipercayai milik menteri dan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) mula dilihat memasuki pekarangan bangunan itu.

Antara yang kelihatan tiba lebih awal adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang hadir sekitar jam 7.20 malam dengan diiringi polis pengiring tentera.

Tidak lama selepas itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira jam 7.40 malam.

Turut hadir ke Seri Perdana adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Lebih mencuri tumpuan ialah kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang juga merupakan Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), pada jam 8.09 malam.

Sehingga jam 8.15 malam, lebih 20 kenderaan mewah dilaporkan telah berada di kawasan Seri Perdana, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya dan spekulasi dalam kalangan pemerhati politik.

Difahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan mengadakan satu pertemuan tertutup bersama Ahli Parlimen BN malam ini.

Walaupun tujuan sebenar pertemuan itu belum dapat dipastikan, ia dipercayai berkait rapat dengan perkembangan semasa negara termasuk agenda perbahasan dalam sidang Parlimen serta isu berkaitan badan kehakiman yang menjadi tumpuan mutakhir ini.

Perkembangan lanjut dijangka diketahui dalam tempoh terdekat bergantung kepada kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-
Google search engine