Pengasas eHati dan suami ditahan polis berhubung program motivasi songsang

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang merupakan pengasas bersama syarikat program motivasi kontroversi, eHati, telah ditahan polis hari ini susulan siasatan terhadap penganjuran program yang didakwa mengandungi elemen songsang dan meragukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, mengesahkan penahanan pasangan tersebut.

“Pengasas eHati dan suaminya telah ditahan. Maklumat lanjut akan dimaklumkan selepas beberapa tindakan lanjut diambil termasuk serbuan dan penahanan lain,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Laporkan siasatan terhadap program motivasi rumah tangga yang dianjurkan eHati kini difokuskan kepada tiga jenis kesalahan undang-undang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan bermula melalui pembukaan kertas inkuiri polis (KEP) sebelum diklasifikasikan sebagai siasatan di bawah Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai semua dakwaan dengan adil dan terperinci. Pihak kami juga akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program berkenaan untuk dirakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah,” katanya.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mendedahkan butiran lanjut mengenai bentuk kandungan atau pendekatan dalam program motivasi tersebut yang menimbulkan kontroversi.

Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai sepenuhnya.

BACA JUGA:  MCMC ingatkan orang ramai henti sebar gambar, video insiden tikaman pelajar
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...