PAS ubah pendirian tiga kali isu badan kehakiman – Rafizi

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Pas telah mengubah pendirian sebanyak tiga kali dalam masa seminggu berhubung isu kebebasan badan kehakiman yang menjadi perhatian utama masyarakat ketika ini.

Menurut Rafizi, pada awalnya Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menetapkan syarat agar beliau perlu menyertai himpunan anjuran Majlis Peguam terlebih dahulu sebelum wakil-wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Selepas kenyataan itu menerima kecaman, Bekas Ketua Pemuda Pas dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari pula menyatakan bahawa pendirian sebenar Pas adalah menyokong cadangan saya.

“Keesokannya, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula menyatakan pembangkang menolak cadangan RCI tersebut,” kata Rafizi menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi menyifatkan perubahan pendirian dalam tempoh singkat itu mencerminkan ketidakkonsistenan pembangkang yang dilihat cuba mengambil kesempatan politik.

“Dalam seminggu, Pas berubah pendirian tiga kali. Ini mencerminkan kebiasaan Pas untuk menjatuhkan ‘hukuman’ mengikut kesesuaian keadaan, asalkan boleh menunggang isu,” ujarnya sinis.

Beliau menegaskan bahawa isu kebebasan badan kehakiman seharusnya diberi perhatian serius tanpa mengira keuntungan politik mana-mana pihak.

“Tetapi akhirnya yang lebih lantang bersuara adalah penyokong kerajaan sendiri kerana pembangkang hanya berminat untuk ‘tebuk atap’ demi kembali menjadi menteri,” katanya.

Tambah beliau lagi, pendekatan politik yang hanya bergantung kepada eksploitasi isu akan membawa kesan buruk kepada pembangkang sendiri.

BACA JUGA:  Ellie Suriaty tuntut permohonan maaf, beri tempoh sehingga April
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...