Pengusaha restoran maut motosikal terbabas rempuh tiang papan tanda

ROMPIN – Seorang pengusaha restoran maut dalam kemalangan tragis apabila motosikal yang ditungganginya terbabas lalu merempuh tiang papan tanda di Jalan Felda Selancar, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6 petang ketika mangsa, Mohd Junaidi Ahmad, 34, dalam perjalanan dari rumahnya di Felda Selancar 4 ke premis perniagaan miliknya di Felda Selancar 2.

“Siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan dan merempuh tiang papan tanda,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, impak rempuhan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, mangsa tidak memakai topi keledar, tidak memiliki lesen memandu dan motosikal yang ditungganginya, milik isterinya, juga didapati telah tamat tempoh cukai jalan,” jelas beliau lagi.

Tambahnya, lokasi kejadian merupakan jalan lurus berturap tar dengan sistem satu lorong satu hala, namun faktor kehilangan kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

BACA JUGA:  Pemandu lori beras 24 tahun maut, tiga cedera nahas di PLUS
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...