Alif Satar cedera diterjah pemain kebangsaan, ligamen koyak bunyi ‘crack!’

KUALA LUMPUR – Malang tidak berbau buat selebriti serba boleh, Alif Satar apabila mengalami kecederaan kaki kanan akibat terjatuh ketika menyertai perlawanan bola sepak tujuh sebelah (7’s) yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, kelmarin.

Alif atau nama penuhnya Muhammad Alif Mohd. Satar, 34, berkata, kecederaan itu berlaku selepas dia diterjah pemain lawan dan terdengar bunyi seperti sesuatu patah sebelum terduduk menahan kesakitan.

“Ketika diterjah, saya dapat dengar bunyi ‘crack!’, memang benar ligamen ATFL (bahagian pergelangan kaki) koyak.

“Kaki saya bengkak dan keesokan harinya saya menjalani pemeriksaan MRI,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal itu, insiden berkenaan menjadi detik yang sukar dilupakan dalam hidupnya.

Malah, beliau turut berkongsi pengalaman manis apabila legenda Manchester United, Ryan Giggs yang turut bermain dalam perlawanan tersebut, sempat datang menziarahinya dan bertanya khabar selepas kejadian.

“Ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan kerana diterjah pemain kebangsaan, kemudian Ryan Giggs pula datang ziarah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Alif turut menzahirkan rasa syukur apabila dibantu oleh bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim yang memantau keadaannya di tepi padang.

“Jiran saya yang memakai baju putih dan bertopi itu namanya Safiq Rahim. Dia sangat baik, menjaga saya dan menasihatkan supaya tidak bermain bola lagi,” ujarnya berseloroh.

Walaupun sering aktif dalam sukan dan aktiviti lasak, Alif kini meluahkan kebimbangan sekiranya kecederaan yang dialami mengambil masa panjang untuk pulih sepenuhnya.

Beliau dijadualkan menyertai acara larian bertaraf antarabangsa, Berlin World Majors Marathon di Jerman pada 21 September depan yang dinanti-nantikan oleh pelari seluruh dunia.

BACA JUGA:  RUU jenayah siber dibentang hujung tahun, Malaysia perhebat kawalan digital
Nabil Qodri
Nabil Qodri
nabilqodri@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...