Khamis, 13 Ogos 2026
IKLAN PTPTN

Cabutan Prime Bonanza

Simpan SSPN Prime & rebut hadiah menarik.

Sertai →
MahkamahTertembak rakan di lapang sasar, anggota tentera direman tiga hari

Tertembak rakan di lapang sasar, anggota tentera direman tiga hari

SEREMBAN – Seorang anggota tentera kini direman tiga hari bagi membantu polis merungkai punca kejadian tembakan yang mencederakan rakan sepasukannya di sebuah lapang sasar di Sungai Menyala, Port Dickson, semalam.

Suspek berusia lingkungan 20-an itu direman bermula hari ini hingga 15 Ogos selepas permohonan polis diluluskan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Noor Shazziera Safaruddin.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, tindakan reman itu bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.

“Permohonan reman telah dibuat di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Seremban, Noor Shazziera Safaruddin dan diluluskan selama tiga hari bermula 13 Ogos hingga 15 Ogos ini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 2.15 petang semalam, seorang anggota tentera cedera selepas terkena tembakan rakannya ketika menjalani aktiviti di lapang sasar berkenaan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar.

Mohd Nasharudin berkata, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian, termasuk keadaan yang membawa kepada insiden tembakan tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-