SUKMA Selangor 2026 berlangsung 15 hingga 24 Ogos, Stadium MBPJ jadi ‘venue’ penutup

SHAH ALAM – Jawatankuasa Pengelola (Induk) Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026 menetapkan temasya sukan terbesar negara itu akan berlangsung dari 15 hingga 24 Ogos tahun hadapan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemilihan tarikh itu dibuat selepas mengambil kira penganjuran beberapa temasya sukan bertaraf antarabangsa yang dijadualkan pada tahun sama.

“Manakala temasya Para Sukma 2026 pula akan diadakan dari 5 hingga 14 September. Venue rasmi bagi acara pembukaan dan penutup Para Sukma akan diumumkan pada September ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah dimuktamadkan sebagai lokasi rasmi penutupan Sukma Selangor 2026.

Beliau turut memaklumkan bahawa semua daerah di Selangor akan terlibat dalam penganjuran temasya tersebut dengan menyenaraikan 28 jenis sukan wajib.

“Selain itu, lima sukan tambahan akan diputuskan oleh Majlis Tertinggi Sukma dan akan diumumkan pada awal bulan hadapan,” tambahnya.

Selangor dipilih sebagai tuan rumah Sukma 2026 selepas kali terakhir menjadi penganjur pada tahun 1998.

BACA JUGA:  Sultan Selangor luah rasa hormat terhadap Tun Abdullah dalam ziarah mengharukan
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...