Jerebu: Johan Setia catat IPU tertinggi tidak sihat

KUALA LUMPUR – Hanya dua kawasan di negara ini merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 5 petang tadi, berbanding empat lokasi pada sesi pagi.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, kawasan Johan Setia di Selangor mencatat bacaan tertinggi iaitu IPU 154, diikuti Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 117.

Dua lagi lokasi yang sebelum ini berada dalam kategori tidak sihat, iaitu Seremban (80) dan Balok (95), kini menunjukkan bacaan pada tahap sederhana.

Sementara itu, hanya Langkawi, Kedah direkodkan berada pada tahap udara baik dengan IPU 41, manakala 65 kawasan lain di seluruh negara berada pada tahap sederhana.

Mengikut skala piawaian IPU yang ditetapkan APIMS, 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sebelum ini, media melaporkan beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia sedang mengalami fenomena jerebu rentas sempadan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata laporan yang diterima daripada ASEAN Specialized Meteorological Centre (ASMC) mengesan sebanyak 79 titik panas di Sumatera, Indonesia.

Katanya, situasi jerebu merentasi sempadan ini kemungkinan berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di wilayah tersebut, selain diburukkan oleh tiupan angin monsun barat daya yang membawa asap ke negara ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memantau bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing melalui laman rasmi APIMS serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat kualiti udara yang merosot.

BACA JUGA:  Kumpulan AFFIN, MBSB Bank komited RM3.8 bilion sokong pengambilalihan U Mobile
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...