Myanmar sertai ‘Dragon Boat’ World Games China 2025

YANGON – Myanmar bakal menghantar delegasi seramai 16 orang bagi menyertai acara perahu naga sempena World Games 2025 yang akan berlangsung di Chengdu, China, bermula Ogos ini.

Menurut Persekutuan Mendayung dan Berkayak Myanmar, delegasi tersebut terdiri daripada enam atlet lelaki, enam atlet wanita, seorang ketua pasukan, seorang pengurus dan dua jurulatih. Mereka dijadualkan berangkat ke China pada 6 Ogos.

Setiausaha Agung Persekutuan, U Thet Lwin, memaklumkan bahawa pasukan negara akan bertanding dalam acara perahu naga kategori campuran bagi jarak 200 meter, 500 meter dan 2000 meter.

Kesemua atlet telah disenarai pendek sejak April lalu dan kini sedang menjalani latihan intensif bagi memastikan prestasi terbaik menjelang kejohanan, katanya.

Penyertaan ini sekali gus memperkukuh kehadiran Myanmar dalam sukan air di peringkat antarabangsa serta membuka peluang untuk atlet negara menimba pengalaman bersaing di pentas dunia.

BACA JUGA:  Produk ikan sejuk beku mengandungi DNA babi berjaya dirampas
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...