Terbuka China: Pearly-Thinaah tundukkan beregu Jepun, selangkah tempah tiket ke final

KUALA LUMPUR – Beregu badminton wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah semakin menghampiri impian untuk mara ke pentas final selepas berjaya menempah slot ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 yang berlangsung di Changzhou.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik sebentar tadi, pasangan No.3 dunia itu mempamerkan aksi cemerlang apabila menundukkan pilihan kelapan dari Jepun, Mayu Matsumoto dan Yuki Fukushima dengan keputusan straight set 21-16, 21-12.

Turun sebagai pilihan ketiga kejohanan, Pearly-Thinaah membuktikan kematangan permainan apabila mengambil alih rentak permainan sejak awal dan mengekalkan momentum hingga tamat perlawanan yang berlangsung selama 38 minit.

Kemenangan ini juga mengukuhkan rekod pertemuan mereka dengan pasangan Jepun itu kepada empat kemenangan dalam lima perlawanan, sekaligus menunjukkan dominasi mereka yang semakin konsisten di peringkat antarabangsa.

Pada aksi separuh akhir esok, gandingan pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu dijadualkan berdepan cabaran sengit daripada beregu tuan rumah, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian yang sebelum ini menewaskan satu lagi pasangan Malaysia, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Berdasarkan rekod, pasangan China itu memiliki kelebihan dengan tiga kemenangan daripada empat pertemuan menentang Pearly-Thinaah, namun semangat juang tinggi dan prestasi semasa beregu negara diyakini mampu memberikan saingan sengit.

Peminat badminton tempatan pastinya meletakkan harapan besar kepada Pearly-Thinaah untuk mencipta sejarah mara ke final dan seterusnya membawa pulang kejuaraan sulung di Terbuka China.

BACA JUGA:  \"Kenalkan anak baru saya\" - Nurulhidayah Ahmad Zahid
Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
hazriena@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...