Amirul Ikhwan buktikan masalah pendengaran bukan halangan raih ilmu

SHAH ALAM – Walaupun diuji dengan masalah pendengaran sejak kecil, Amirul Ikhwan bin Rusly membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk terus berjaya dalam pendidikan.

Pelajar yang berasal dari Rawang, Selangor ini kini melanjutkan pengajian di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), dan bercita-cita menjadi seorang jurukimpal profesional.

“Saya seronok dapat tawaran belajar di PSA,” katanya dengan bantuan jurubahasa isyarat semasa sesi temu bual bersama MYBERITA pada Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) di sini, pada Rabu.

Amirul yang mendapat keputusan membanggakan 2A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Purata Gred Keseluruhan (GPK) 3.86 merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan abangnya yang juga mengalami masalah pendengaran turut menuntut di PSA

Menurut Amirul, antara cabaran utamanya ialah kesukaran untuk mendengar dengan jelas semasa sesi pembelajaran.

Namun begitu, dengan bantuan rakan-rakan, fasilitator yang prihatin serta sokongan berterusan daripada instruktor bahasa isyarat, dia berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus.

“Mak dan ayah selalu pesan supaya saya jaga diri dan belajar bersungguh-sungguh,” ujarnya dengan senyuman.

Di PSA, Amirul turut mengatakan makanan disini sedap serta komuniti pelajar yang baik kerana saling membantu antara satu sama lain.

Amirul merupakan antara contoh pelajar istimewa yang membuktikan bahawa dengan usaha gigih, semangat tinggi dan sokongan sekeliling, tiada yang mustahil untuk dicapai.

BACA JUGA:  \"Atas urusan kerja\", Tun Laila hanya nak sampaikan apa yang ada di dalam penjara
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...