Lelaki \’raba\’ adik kawan sendiri

MELAKA – Seorang pemuda berusia 21 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap adik rakannya yang baru berusia sembilan tahun.

Tertuduh, Ahmad Dzul Fiqar Ahmad Fardzil, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Berdasarkan pertuduhan, empat daripadanya melibatkan tindakan memegang mangsa dengan niat seksual di sebuah rumah pangsa di Ayer Keroh antara pukul 10 malam hingga 1 pagi pada 31 Mei lalu.

Satu lagi pertuduhan pula melibatkan dakwaan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa, juga di lokasi dan masa yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan termasuk melapor diri di balai polis secara bulanan dan dilarang mengganggu mangsa.

Namun begitu, peguam tertuduh, Amritpal Singh merayu agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan anak guamnya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan berasal daripada keluarga kurang berkemampuan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM25,000 bagi semua pertuduhan dan menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.

BACA JUGA:  62,485 lepasan SPM dapat tawaran masuk politeknik, kolej komuniti
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...