Selasa | 22/09/2026 | 11:17:03 pm
HomeHiburanAmmar Ahyan diraba ketika bantu promosi produk bapa

Ammar Ahyan diraba ketika bantu promosi produk bapa

KUALA LUMPUR – Ammar Ahyan, 17 tahun, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, mendedahkan pengalaman tidak menyenangkan apabila didakwa diraba ketika sedang membantu mempromosikan produk keluarganya di kawasan Masjid India, Kuala Lumpur.

RINGKASAN BERITA
  • Kejadian tersebut berlaku ketika Ammar sedang mengedarkan jeruk mangga dan tudung percuma sempena promosi beg keluaran keluarganya yang sedang mencatat rekod dalam Malaysian Book…
  • Walaupun kecewa, Ammar kekal tenang dan menerima nasihat ibunya, Datin Seri Nur Shahida, agar tidak terbawa emosi dan melihat perkara itu sebagai satu pengalaman…
  • Ammar memilih untuk memaafkan individu berkenaan dan mengambil sisi positif daripada kejadian tersebut.
  • Aliff menyasarkan untuk memecahkan rekod jualan terpantas di Malaysia dengan sasaran RM1 juta dalam tempoh kurang lima minit melalui penjualan 30,000 beg pada harga…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.

Kejadian tersebut berlaku ketika Ammar sedang mengedarkan jeruk mangga dan tudung percuma sempena promosi beg keluaran keluarganya yang sedang mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records.

“Saya kena raba di pinggang dan ketiak. Saya tidak kisah jika orang mahu bergambar atau bersembang, tetapi bila sudah melampaui batas, saya terus hilang minat,” kata Ammar.

Walaupun kecewa, Ammar kekal tenang dan menerima nasihat ibunya, Datin Seri Nur Shahida, agar tidak terbawa emosi dan melihat perkara itu sebagai satu pengalaman hidup.

Ammar memilih untuk memaafkan individu berkenaan dan mengambil sisi positif daripada kejadian tersebut.

Sementara itu, Datuk Seri Aliff Syukri sedang giat mempromosikan koleksi beg denim terbaharunya yang akan dilancarkan secara eksklusif menerusi siaran langsung TikTok @Papalaris pada 3 Ogos 2025, jam 8 malam.

Aliff menyasarkan untuk memecahkan rekod jualan terpantas di Malaysia dengan sasaran RM1 juta dalam tempoh kurang lima minit melalui penjualan 30,000 beg pada harga RM75 setiap satu.

Setiap pembelian beg akan disertakan dengan cabutan bertuah ‘Gores dan Menang’ yang menawarkan hadiah lumayan seperti pakej umrah, barang kemas, motosikal, kereta dan percutian mewah di resort milik Aliff Syukri sendiri.

Promosi tersebut juga dilihat terus menerima sokongan hangat daripada peminat dan pelanggan.

Mereka juga kekal aktif mempromosikan produk dengan cara unik dan kreatif, menjadikan setiap kempen jualan mereka sentiasa mencuri perhatian ramai. – MYBERITA

Hazriena Hamdan
Hazriena Hamdan
Sebahagian daripada warga editorial MYBERITA yang membantu menyampaikan perkembangan terkini kepada pembaca menerusi platform digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 22 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|