Tekanan layanan belajar, hidup punca wanita serang guna pisau di Kajang

KAJANG – Tekanan akibat layanan diterima semasa belajar dan masalah kehidupan dipercayai menjadi punca seorang wanita memandu secara berbahaya sebelum menyerang orang awam menggunakan pisau berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati wanita berusia 24 tahun yang juga penuntut sebuah universiti awam itu berada dalam keadaan tertekan.

“Suspek dipercayai kecewa dengan layanan diterima ketika belajar dan juga kehidupan di Malaysia sehingga menyebabkan tekanan perasaan.

“Bagaimanapun, suspek tidak menjelaskan secara terperinci jenis layanan yang dimaksudkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod penyakit kemurungan atau penggunaan ubat-ubatan berkaitan.

Suspek kini direman tujuh hari sehingga 20 Ogos ini bagi membantu siasatan, manakala 11 orang saksi termasuk mangsa sudah diambil keterangan.

“Dua mangsa masih dirawat di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan kejadian pada jam 11.58 pagi semalam membabitkan seorang wanita warga asing yang memandu secara berbahaya hingga melanggar tiga penunggang motosikal sebelum keluar dari kenderaan dan menyerang orang awam dengan pisau.

Dalam insiden itu, enam individu cedera, suspek berjaya ditahan dengan bantuan orang awam bersama dua bilah pisau sebelum diserahkan kepada polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA JUGA:  Busana pelajar KKTM Rembau curi tumpuan penonton 'The Midnight Show'
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...