Syed Saddiq dedah pernah jadi mangsa buli ketika sekolah tentera

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi pengalaman peribadi yang tidak ramai tahu apabila beliau sendiri pernah menjadi mangsa buli sewaktu zaman persekolahan.

Beliau berkata insiden itu berlaku ketika berada di tingkatan lima di sebuah sekolah berasrama tentera, selepas beliau cuba mempertahankan rakan sekelas daripada dibuli.

“Saya pernah lihat kawan dibuli secara terang-terangan. Bila saya tampil untuk melindungi dia, saya pula yang ditampar sampai jatuh. Waktu itu, mungkin sebab saya kecil dan dianggap ‘ulat buku’, saya jadi sasaran,” katanya ketika ditemui MYBERITA baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, pengalaman tersebut meninggalkan kesan yang mendalam namun ia bukan untuk disimpan sebagai dendam, sebaliknya sebagai pengajaran dalam memperjuangkan isu buli dalam kalangan remaja.

“Kalau saya ingat balik, ia bukan kerana trauma atau mahu membalas semula. Tetapi saya tidak mahu perkara sama berulang kepada generasi muda. Sekolah mesti jadi tempat selamat, bukan medan ketakutan,” jelasnya.

Tambah beliau, pendidikan seharusnya menjadi platform untuk anak-anak keluar daripada kitaran kemiskinan serta membina masa depan yang cerah, bukannya tempat mereka menjadi mangsa perlakuan tidak bermoral.

Syed Saddiq turut menegaskan, beliau akan terus bersuara menentang budaya buli yang boleh merosakkan keyakinan diri dan kesejahteraan mental pelajar.

BACA JUGA:  Ismail Sabri tiba di SPRM pagi ini untuk beri keterangan
Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITA
admin@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...