Jumaat | 18/09/2026 | 2:49:08 am
HomeSemasaIsmail Sabri tiba di SPRM pagi ini untuk beri keterangan

Ismail Sabri tiba di SPRM pagi ini untuk beri keterangan

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini sebentar tadi bagi memberi keterangan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengannya.
 
Ahli Parlimen Bera itu dilihat hadir menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap kira-kira pukul 9.46 pagi, dengan diiringi polis pengiring sebelum memasuki bangunan SPRM.
 
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Ismail Sabri dijadualkan hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.
 
Media sebelum ini melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam, sehari selepas beliau membuat pengisytiharan harta pada 10 Februari lalu.
 
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa hari selepas sesi keterangan tersebut, SPRM menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Ismail Sabri bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

RINGKASAN BERITA
  • Ahli Parlimen Bera itu dilihat hadir menaiki sebuah kenderaan berwarna gelap kira-kira pukul 9.46 pagi, dengan diiringi polis pengiring sebelum memasuki bangunan SPRM.
  • Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bahawa Ismail Sabri dijadualkan hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya…
  • Media sebelum ini melaporkan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah memberi keterangan kepada pegawai penyiasat selama kira-kira lima jam, sehari selepas beliau membuat pengisytiharan…
  • Dalam perkembangan berkaitan, beberapa hari selepas sesi keterangan tersebut, SPRM menahan empat individu termasuk dua bekas pegawai kanan Ismail Sabri bagi membantu siasatan lanjut…
Ringkasan automatik berdasarkan laporan MYBERITA.
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
Sebahagian daripada pasukan berita MYBERITA yang bertanggungjawab menghasilkan kandungan informatif untuk pembaca digital.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Jumaat, 18 September 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
TERKINI
Baru sahaja
|