Khidmat peguam tertuduh kes Zara Qairina pro bono, bukan anak VVIP

KOTA KINABALU – Semua peguam yang mewakili lima remaja yang didakwa membuli Allahyarham Zara Qairina Mahathir tampil memberikan khidmat guaman secara pro bono (percuma) tanpa bayaran.

Peguam terkenal, Datuk Ram Singh menegaskan bahawa anak guam mereka bukan daripada keluarga ternama atau bergelar VVIP, sebaliknya remaja biasa yang berhak mendapat pembelaan di sisi undang-undang.

“Anak guam kami bukan anak VVIP, tetapi seorang remaja yang tetap berhak diberi pembelaan. Kami didekati oleh keluarga untuk membantu, dan kami mengambil keputusan mewakili mereka secara pro bono,” katanya ketika ditemui sebelum prosiding Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bermula pagi tadi.

Beliau bersama peguam Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mewakili salah seorang daripada lima remaja terbabit, manakala empat tertuduh lain diwakili peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Fareez Sallehdan Sylvester Kuan.

Menurut Azhier, anak guamnya juga perlu diberi peluang untuk mengemukakan bukti dan keterangan bagi menyokong pembelaan.

“Hak kanak-kanak dilindungi undang-undang, termasuk hak untuk membela diri di mahkamah,” katanya.

Terdahulu, lima remaja itu dihadapkan ke Mahkamah Juvana atas pertuduhan menggunakan kata-kata mencela terhadap Allahyarham Zara Qairina. Kesemua mereka mengaku tidak bersalah.

Prosiding dijalankan secara tertutup dengan kawalan keselamatan ketat. Selepas perbicaraan, pihak media dimaklumkan bahawa Ram memohon perintah larangan (gag order), yang menghalang pendedahan lanjut mengenai perjalanan kes di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

Zara, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai lalu, sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolahnya di Papar.

Sementara itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara, berkata pihaknya tidak dibenarkan mengulas lanjut kerana wujudnya gag order serta Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kami mohon maaf, prosiding tidak boleh didedahkan. Bagaimanapun, inkues tidak tertakluk kepada larangan ini,” katanya.

Beliau turut menjelaskan kepada orang ramai bahawa undang-undang melindungi identiti kanak-kanak terbabit, termasuk nama, alamat serta maklumat mengenai ibu bapa mereka.

BACA JUGA:  Lelaki diberkas larikan beg jemaah wanita ketika Isyak
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...