PM Anwar arah siasatan insiden pesawat TUDM di Kuantan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden membabitkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, malam tadi.

Menurut beliau, siasatan itu penting bagi mengenal pasti punca kejadian selain memastikan langkah keselamatan yang sewajarnya diambil untuk mengelakkan insiden sama berulang.

“Pihak berkuasa diminta menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti punca kejadian dan memastikan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya diambil,” katanya menerusi kenyataan di media sosial, hari ini.

Dalam masa sama, Perdana Menteri turut menzahirkan doa agar dua anggota TUDM yang cedera dalam insiden itu segera pulih.

“Saya mendoakan agar kedua-dua anggota yang cedera dipermudah segala urusan rawatan dan pemulihan,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah pesawat pejuang F/A-18D Hornet milik TUDM dilaporkan terlibat dalam kemalangan di kawasan landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah kira-kira jam 9.05 malam.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan, tindakan segera diambil bagi menangani situasi tersebut, manakala kedua-dua juruterbang yang terlibat kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

BACA JUGA:  Adami Hairi nafi buat pembedahan wajah, hanya 'effect' kamera dan solekan
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...