KUALA LUMPUR – Vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu, vivo V60, menjadikan Malaysia negara pertama menerima model siri V tersebut menerusi majlis pelancaran yang berlangsung di W Hotel Kuala Lumpur pada Selasa.
Dengan kerjasama ZEISS, vivo V60 mengetengahkan kemampuan fotografi profesional dalam rekaan yang moden dan premium.
Model ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada prestasi, malah turut menawarkan pengalaman penggunaan menyeluruh dari aspek paparan, ketahanan serta gaya hidup harian.
Peranti ini hadir dengan paparan AMOLED 6.77 inci FHD+, menyokong kadar segar semula 120Hz serta kecerahan maksimum sehingga 5,000 nits, menjadikannya sesuai untuk penstriman video, tontonan kandungan hiburan dan permainan mudah alih dengan visual yang jelas dan lancar.
Sistem kamera menjadi tarikan utama apabila vivo V60 dilengkapi tri-kamera ZEISS terdiri daripada kamera utama 50MP, lensa super telefoto 50MP dengan zum optikal 3×, serta kamera hadapan 50MP yang menyokong swafoto berkumpulan.
Peranti ini turut menawarkan rakaman video 4K untuk hasil lebih jelas dan terperinci.
Dari segi prestasi, vivo V60 dipacu cip Snapdragon 7 Gen 4 dengan sokongan bateri BlueVolt 6,500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W FlashCharge.
Pengguna turut boleh menikmati RAM sehingga 12GB (ditambah RAM maya 12GB) serta storan dalaman sehingga 512GB, sesuai untuk kegunaan kerja dan hiburan.
Dari aspek ketahanan, vivo V60 dilindungi kaca Diamond Shield serta menerima pensijilan IP68 dan IP69, menjadikan ia mampu menahan habuk, air serta semburan bertekanan tinggi.
Di Malaysia, vivo V60 hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Berry Purple, Mist Gray dan Summer Blue. Harga rasmi bermula daripada RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB (eksklusif dalam talian), RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 bagi varian tertinggi 12GB + 512GB (harga promosi pratempah).
Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V60 dan tawaran pelancaran, orang ramai boleh melayari laman web rasmi vivo Malaysia atau mengikuti media sosial rasmi vivo Malaysia di Facebook dan Instagram.


