Separuh akhir milik Pearly-Thinaah, 34 minit bukan kemenangan mudah

KONGSI

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah terus mengorak langkah ke separuh akhir kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menewaskan gandingan China, Chen Qing Chen-Wang Ting Ge, dalam perlawanan straight set hari ini.

Beraksi di Stadium Nimibutr, Bangkok, pasangan pilihan keempat kejohanan itu hanya memerlukan 34 minit untuk mencatat kemenangan 21-14, 21-11. Namun, menurut Thinaah, perlawanan itu tidak semudah yang dilihat.

\”Ia bukan tempoh 34 minit yang mudah… ada masa kami pun berdebar juga,\” katanya kepada laman rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

ARTIKEL BERKAITAN