Ahmad Zahid umum sasaran Tabika Autisme di semua daerah menjelang 2027

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menyasarkan pembinaan sebuah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) khusus untuk murid autisme di setiap daerah menjelang tahun 2027 menerusi inisiatif ‘Satu Tabika Autisme, Satu Daerah’.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri KKDW, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif tersebut telah bermula dengan penubuhan tiga buah Tabika Autisme di Melaka pada tahun ini.

“Menjelang 2027, kita akan laksanakan satu Tabika Autisme di setiap daerah. Banyak lagi inisiatif sedang dirancang bagi memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak,” katanya ketika ditemui media selepas Perhimpunan Bulanan KKDW di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri KKDW, Datuk Rubiah Wang.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut memaklumkan KKDW menyasarkan peningkatan jumlah kemasukan pelajar ke Tabika Pra-Tahfiz KEMAS kepada 140,000 murid, berbanding 125,000 murid pada tahun ini.

“Fokus utama adalah memperluaskan peranan Tabika KEMAS Pra-Tahfiz. Kini, terdapat 10,833 Tabika yang telah memulakan pembelajaran Juzuk 30 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun,” katanya.

Beliau menambah, guru-guru juga akan dihantar untuk mempelajari pendekatan pedagogi baharu bagi melaksanakan transformasi pendidikan KEMAS yang lebih berkesan.

BACA JUGA:  KJ mahu kembali perkukuh UMNO dalam masa terdekat
Lok Mee Wan
Lok Mee Wan
lokmeewan@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...