Pakar Patologi saksi pertama inkues Zara Qairina

KOTA KINABALU – Pakar patologi, Dr Jessie Hiu, tampil sebagai saksi pertama dalam prosiding inkues selama 17 hari bagi menyiasat kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Dr Jessie yang juga pakar perubatan forensik berkhidmat di Sabah hadir ke hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada jam 2.07 petang.

Beliau merupakan antara 68 saksi yang disenaraikan, termasuk 35 kanak-kanak yang dijangka memberi keterangan sepanjang prosiding ini.

Turut hadir dalam prosiding hari ini ialah barisan peguam yang mewakili lima remaja tertuduh, peguam keluarga Allahyarham Zara, serta wakil daripada Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS).

Selain itu, wakil daripada Kementerian Pendidikan juga dilihat berada di mahkamah bagi mengikuti perjalanan inkues tersebut.

Inkues kematian Zara Qairina dijadual berlangsung selama 17 hari sepanjang September ini dengan saksi-saksi terdiri daripada pakar forensik, pegawai keselamatan, guru, warden serta pelajar sekolah.

Prosiding dijangka menjadi medan penting dalam usaha mencari kebenaran di sebalik kematian tragis remaja itu.

BACA JUGA:  Amaran ribut petir di lapan negeri hingga tengah hari ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...