Kes Zara Qairina: Inkues akan ditentukan hari ini

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner Kota Kinabalu akan mengadakan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Zara Qairina, susulan permohonan yang dibuat oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah.

Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara pada Ahad, keputusan untuk menjalankan inkues itu dibuat bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya dalam kes tersebut.

“Inkues ini dilaksanakan selaras dengan peruntukan subseksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593]. Mahkamah Koroner Kota Kinabalu telah menetapkan satu tarikh sebutan pada Isnin, 18 Ogos 2025, bagi menetapkan tarikh-tarikh pendengaran inkues,” menurut kenyataan itu.

Jabatan Peguam Negara menegaskan, memandangkan kes ini berkepentingan awam, pihaknya akan memohon agar inkues berkenaan dipercepatkan demi memastikan keadilan ditegakkan, bukan sahaja kepada keluarga, malah juga demi kepentingan masyarakat.

Kes kematian Zara Qairina sebelum ini mencetuskan perhatian ramai dan pelbagai pihak mendesak agar siasatan telus dijalankan bagi mencari kebenaran.

BACA JUGA:  Poster tarikh PRU Sabah Ke-17 tular adalah palsu - SPR
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...