Pempengaruh ditahan, platform terapung bersama kereta mewah disita APMM

KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang pempengaruh media sosial untuk menonjolkan binaan platform dua tingkat lengkap dengan set bilik tidur dan sebuah kereta mewah tidak kesampaian apabila diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Pulau Bidong, semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 6 petang itu, APMM menyita platform terapung berkenaan yang ditunda sebuah bot pada kedudukan 29.63 kilometer dari barat laut perairan Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, enam individu berusia antara 21 hingga 32 tahun termasuk pempengaruh lelaki tersebut turut ditahan dalam serbuan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati platform terapung yang mempunyai sebuah kereta di atasnya ditunda oleh sebuah bot penumpang manakala sebuah bot lain mengiringinya.

“Ia difahamkan telah dijadikan lokasi penggambaran oleh pempengaruh berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Hamiludin, pemeriksaan mendapati platform terbabit dibina tanpa kelengkapan keselamatan yang boleh mendatangkan risiko kepada kru serta penumpang.

“Operasi menunda platform itu juga dilakukan tanpa lesen sah daripada Jabatan Laut. Tindakan ini bukan sahaja menyalahi undang-undang malah membahayakan nyawa serta keselamatan pengguna perairan lain,” ujarnya.

BACA JUGA:  “Laju betul admin buat kerja ya”, netizen puji kreativiti Public Health Malaysia
Raihan Hazizi
Raihan Hazizi
raihanhazizi@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...