Inkues dedah arwah Zara Qairina terkait tuduhan kes curi di sekolah

KOTA KINABALU – Inkues kematian remaja berusia 13 tahun, Zara Qairina Mahathir, mendedahkan wujud dakwaan arwah terbabit dalam satu kes kecurian dompet di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, sebelum tragedi menimpanya.

Saksi kelima, Linah Mansoding, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa terdapat perbualan dalam kalangan pelajar mengenai kehilangan dompet milik seorang pelajar yang dirujuk sebagai A, yang kemudian dikaitkan dengan arwah.

Menurutnya, pada 15 Julai lalu, seorang pengawal keselamatan sekolah dimaklumkan oleh pelajar A bahawa dompetnya hilang.

“Dompet itu dilaporkan mengandungi wang tunai RM300 dan satu kad bank. Namun, pelajar A tidak menyebut siapa yang mengambilnya,” katanya ketika memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan.

Linah berkata, beliau menasihati pelajar berkenaan agar menyimpan wang bersama warden bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Katanya lagi, pelajar A juga memaklumkan kehilangan itu kepada seorang pelajar senior.

Beliau menambah, seorang warden bernama Ustaz Rizani kemudiannya memanggil dua pelajar berkaitan untuk berbincang dan turut menemubual pelajar lain secara individu.

“Ketika Zara Qairina didakwa mencuri, pelajar tingkatan empat telah memanggilnya dan menyoal secara langsung,” jelasnya.

Peguam keluarga mangsa, Shahlan Jufri, kemudian mempersoalkan mengapa hanya arwah yang dituduh, sedangkan ramai pelajar tinggal di asrama berkenaan.

Linah bagaimanapun mengakui tidak pasti mengenai hal itu.

Katanya, sepanjang sesi persekolahan bermula pada Mac, beliau hanya berinteraksi dengan Zara Qairina sebanyak dua kali — sekali selepas terlihat video TikTok arwah, dan kali kedua ketika menegurnya berada di kawasan dobi selepas tengah malam.

“Dalam video TikTok itu, saya cuba bertanya siapa gadis yang ditemuinya, tetapi Zara Qairina enggan mengulas,” katanya.

Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

BACA JUGA:  Masalah ‘Nose Landing Gear’, pesawat TUDM terpaksa mendarat cemas
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...