Pakai tali pinggang keledar atau kena tindakan saman – JPJ

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan semua pemandu dan penumpang kenderaan persendirian supaya mematuhi pemakaian tali pinggang keledar sebelum tindakan penguatkuasaan sepenuhnya dilaksanakan dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya komited memperkukuh budaya keselamatan jalan raya melalui program advokasi serta hebahan secara meluas.

“Kita telah mulakan tindakan penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar untuk penumpang bas ekspres dan bas persiaran melalui kempen ‘Klik Sebelum Gerak’.

“Kemudian kita akan umumkan tarikh bagi pelaksanaan penguatkuasaan terhadap pemandu dan penumpang kenderaan persendirian yang ingkar,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Pengangkutan (MOT).

Terdahulu, Aedy melancarkan kempen ‘Klik Sebelum Gerak’ yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang keledar bagi semua pengguna kenderaan.

Beliau berkata, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan pemakaian tali pinggang keledar mampu mengurangkan risiko kematian sehingga 50 peratus sekiranya berlaku kemalangan.

“JPJ dan MOT akan menilai keberkesanan kempen ini terlebih dahulu sebelum menentukan sama ada penguatkuasaan penuh perlu dipercepatkan,” jelasnya.

Mengikut peruntukan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (Pindaan 2019), individu yang gagal memakai tali pinggang keledar boleh dikenakan kompaun sehingga RM300.

BACA JUGA:  Polis kesan pemandu Axia baling kon di Plaza Tol LDP
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...