Khamis | 29/10/2026 | 12:14 am
HomeSemasaMasjid Kristal terbiar, pengunjung pertikai imej tarikan pelancongan Terengganu

Masjid Kristal terbiar, pengunjung pertikai imej tarikan pelancongan Terengganu

-

KUALA TERENGGANU – Perkongsian seorang pengguna media sosial mengenai keadaan terkini di Masjid Kristal, ikon pelancongan negeri Terengganu, mencetuskan perbincangan hangat netizen apabila persekitarannya didakwa tidak terurus dan terbiar.

Pengguna yang dikenali sebagai Zaihafiq menerusi hantaran di Thread meluahkan rasa kecewa apabila melihat jejambat usang, kolam berlumut serta kawasan laluan yang dipenuhi lalang tinggi seolah-olah tiada penyelenggaraan.

“Inilah persekitaran Masjid Kristal Kuala Terengganu. Sedih kotor dan usang kawasan sekeliling masjid tak dijaga. Malu bila pelancong luar datang sebab masjid melambangkan Islam tapi kotor kawasan sekeliling,” tulisnya.

Tinjauan di ruang komen mendapati ramai pengguna turut mengakui keadaan masjid berkenaan sudah lama tidak terurus, meskipun ia antara mercu tanda utama di Taman Tamadun Islam (TTI).

“Sayangnya.. kenapa tak jaga, kan masjid ini tarikan pelancong,” kata seorang pengguna, Syikin.

“Saya pernah pergi tahun 2012 dan masa tu memang masjid ini dah tak terurus,” tambah Kazhar.

“Kalau perasan laluan masuk ke sana juga berlalang, tinggi-tinggi pulak tu, macam takda maintenance,” kata Syakir.

Masjid Kristal yang dibina pada 2006 dan dirasmikan pada 2008 pernah menjadi mercu tanda moden di Terengganu dengan reka bentuk unik berasaskan kaca dan keluli. Namun, keadaan terkini menimbulkan persoalan mengenai tahap penyelenggaraan serta usaha pihak berwajib dalam menjaga imej destinasi pelancongan berkenaan.

Must Read

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

Kes kematian Zaharif, bekas pegawai polis terlepas hukuman mati

0
IPOH - Selepas hampir tiga tahun menanti keputusan mahkamah, keluarga Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie akhirnya menyaksikan pegawai kanan polis, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun enam bulan atas kesalahan menyebabkan kematian remaja berusia 17 tahun itu.