Jumaat, 17 Julai 2026
spot_img
Main Menu MYBERITA
Jenayah“Kalau aku touch kau, berdarah kau ni”, Kak M keluarkan ugutan terhadap...

“Kalau aku touch kau, berdarah kau ni”, Kak M keluarkan ugutan terhadap Zara Qairina

KOTA KINABALU – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini hari ini bahawa seorang pelajar dikenali sebagai Kak M pernah mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap Zara Qairina Mahathir serta seorang lagi pelajar, selepas berang mengetahui adiknya diejek.

Saksi kelapan, Azhari Abd Sagap, 31, berkata pelajar terbabit melontarkan kata-kata “Kalau aku touch-touch kau ini, berdarah kau ni” ketika berada dalam keadaan emosi tidak stabil.

Menurut Azhari yang juga Ketua Warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, kejadian itu berlaku apabila Kak M secara kebetulan melalui bilik adiknya dan melihat mangsa berbual bersama Zara Qairina serta seorang lagi pelajar.

“Seperti yang saya katakan, Kak M ketika itu marah kerana bilik adiknya kotor dan bersepah. Disebabkan emosi tidak terkawal, dia melafazkan kata-kata itu, hanya itu,” katanya ketika menjawab soalan peguam tertuduh kanak-kanak, Joan Goh.

Tambahnya, punca kemarahan itu juga berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap tindakan Zara Qairina dan rakannya yang mengejek adik Kak M melalui nota bertulis.

“Nota itu antara lain berbunyi ‘Dia seorang yang sok orku, sengaja takutkan Form 1, padahal baru juga junior’,” katanya.

Azhari menjelaskan kepada mahkamah bahawa perkataan ‘sok sok’ bermaksud ‘pura-pura menjadi sesuatu’ manakala ‘orku’ adalah singkatan kepada ‘orang kuat’.

Beliau turut mengesahkan nama panggilan adik Kak M disebut dalam nota berkenaan, dan ia antara bahan bukti yang telah diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

-Iklan-
ARTIKEL BERKAITAN
-Iklan-