“Muqri tak pernah berkira untuk berkawan”, ibu bapa harap masa depan lebih cerah

GEORGE TOWN – Suasana Upacara Konvokesyen ke-63 Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini turut diserikan dengan kehadiran sepasang ibu bapa yang hadir untuk meraikan kejayaan anak mereka, Muhammad Muqri Hafidz Lopi yang berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) selepas bertahun-tahun berusaha.

Bapanya, Mohd Lopi ketika ditemui, tidak mampu menyembunyikan rasa syukur melihat anaknya kini mencapai cita-cita yang diidamkan.

“Pakcik pasal bersyukur… sebab Allah SWT lah. Muqri sampai kepada cita-cita dia. Kami sekeluarga ucapkan tahniah kepada Muqri, Muqri Ramai Kawan… Sampai Pakcik Pun Terkejut” katanya.

Menurut bapanya, Muqri dikenali sebagai seorang yang peramah, mesra dan disenangi ramai.

“Dia semua orang dia kawan. Tengok hari ni ramai kawan-kawan dia datang ucap taniah… Pakcik terkejut juga,” ujarnya.

Beliau turut menyifatkan personaliti Muqri berbeza berbanding adik-beradiknya yang lain, terutama sifatnya yang mudah bergaul dan tidak memilih kawan.

Ibunya, turut berkongsi sisi peribadi Muqri di rumah. Menurutnya, anaknya itu juga mempunyai ramai rakan di mana sahaja dia berada baik yang bersuara rendah, kuat, pendiam mahupun aktif semuanya serasi dengan Muqri.

“Muqri ni cerewet sebenarnya… tapi dia sayang pada keluarga. Dia ambil berat tentang adik-beradik,” katanya.

Ibunya turut mendedahkan bahawa Muqri aktif menyertai pelbagai program sepanjang pengajiannya, dan beliau sentiasa mengingatkan anaknya agar bijak mengatur masa.

“Makcik suruh dia imbangkan belajar dengan aktiviti. Jangan sampai banyak masuk aktiviti, pelajaran kurang. Yang penting pelajaran… itu yang tentukan masa depan,” katanya.

Beliau menambah bahawa sebagai ibu, beliau sentiasa menyokong minat anaknya, namun berharap Muqri kekal fokus demi cita-cita yang diimpikan.

Pasangan itu menzahirkan harapan agar kejayaan Muqri hari ini menjadi permulaan kepada masa depan yang lebih cerah.

BACA JUGA:  17 das meriam dilepaskan, Putera Mateen sambut kelahiran cahaya mata perempuan

“Kami sebagai ibu bapa cuma berdoa… harap dia capai apa yang dia impikan,” kata ibunya.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...