13.9 juta rakyat nikmati harga RON95 RM1.99 Budi95

KUALA LUMPUR – Seramai 13.9 juta rakyat, bersamaan lebih 84 peratus daripada 16.5 juta individu layak, telah menikmati harga petrol RON95 pada kadar RM1.99 seliter menerusi program Budi Madani RON95 (Budi95) sehingga 30 November lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, berkata dalam tempoh sama, program itu turut merekodkan nilai jualan RM5.16 bilion dengan jumlah penggunaan petrol sebanyak 2.59 bilion liter.

Katanya, pelaksanaan subsidi bersasar Budi95 dijangka memberi pulangan positif kepada kedudukan fiskal negara.

“Kerajaan dijangka menjana penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, bergantung kepada harga minyak dunia serta berdasarkan data penggunaan domestik sebelum pelaksanaan Budi95.

“Anggaran itu mengambil kira pelbagai senario harga minyak mentah global antara AS$60 hingga AS$80 setong, selain penghapusan subsidi bagi segmen tidak disasarkan seperti bukan warganegara dan pengguna komersial,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Dr. Lingeshwaran R. Arunasalam mengenai tahap penjimatan fiskal yang dicapai kerajaan selepas sebulan pelaksanaan subsidi bersasar Budi95.

Menurut Hui Ying, kerana penyasaran subsidi RON95 hanya bermula pada 30 September 2025, jumlah penjimatan tahunan hanya boleh dinilai secara penuh mulai 2026.

“Bagi 2025, fokus kerajaan adalah memantau serta menambah baik mekanisme pelaksanaan bagi memastikan sistem Budi95 kekal stabil, mesra pengguna dan mampu mengurangkan ketirisan subsidi,” jelasnya.

Beliau menegaskan, penjimatan daripada pelbagai inisiatif subsidi bersasar termasuk Budi95 akan membolehkan kerajaan mempunyai ruang fiskal lebih kukuh untuk terus memacu kesejahteraan rakyat.

BACA JUGA:  KPT umum baucar buku Madani RM100 untuk pelajar IPT bermula esok hingga 12 Disember
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...