Jumaat | 19 Disember 2025

Penuntut UMS ditemui maut di Dewan Canselor

KOTA KINABALU – Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dalam satu kejadian di Dewan Canselor universiti itu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi, mangsa lelaki berusia 23 tahun berkenaan ditemui oleh dua pekerja penyelenggaraan di pusat pengajian tinggi terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditemui terbaring di atas pentas di dalam Dewan Canselor UMS.

Menurutnya, pegawai perubatan dari Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 11.10 pagi.

“Pemeriksaan luaran mendapati tiada sebarang kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa selain kesan kecederaan akibat terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam Dewan Canselor UMS mendapati mangsa dilihat terjatuh pada Rabu lalu kira-kira pukul 6.09 petang.

“Setakat ini, tiada saksi awam yang tampil atau menyaksikan kejadian berkenaan,” katanya.

Tambah beliau, kes tersebut kini diklasifikasikan sebagai Kematian Mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

BACA JUGA:  Tular Axia bawa muatan ‘luar biasa’, pemandu sudah dikenal pasti polis
spot_img

TRENDING

Sukan SEA 2025: Skuad skuasy negara sapu bersih pingat emas

BANGKOK - Skuad skuasy negara menutup tirai saingan Sukan...

Diskaun tol 50 peratus sempena Krismas pada 23, 24 Disember

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memberikan diskaun tol sebanyak 50...

Sukan SEA 2025: Skuad kejar-mengejar lelaki hadiahkan pingat keramat ke-200 buat Malaysia

BANGKOK - Skuad basikal kejar-mengejar berpasukan lelaki negara menghadiahkan...

USM eratkan sinergi media, perkukuh jambatan ilmu kepada masyarakat

GEORGE TOWN – Dalam landskap maklumat yang semakin pantas...

Sukan SEA 2025: Miki raih emas lepas berjaya ‘tumbangkan’ Thailand

BANGKOK - Biarpun baru berusia 16 tahun, Muhammad Mikail...