Lesen PSV pemandu Grab didakwa lakukan gangguan seksual dibatal serta-merta

KUALA LUMPUR – Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) seorang pemandu e-hailing Grab yang didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita di Johor Bahru dibatalkan serta-merta oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, susulan pembatalan lesen PSV itu, pemandu berkenaan juga tidak lagi dibenarkan berkhidmat sebagai pemandu di mana-mana platform e-hailing.

“Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden gangguan seksual yang dilakukan oleh seorang pemandu Grab ke atas penumpang di Johor Bahru.

“Saya telah mengarahkan JPJ supaya membatalkan Lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam pemandu tersebut dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) turut akan memanggil semua pengendali perkhidmatan e-hailing termasuk Grab bagi membentangkan pelan tindakan penambahbaikan khususnya melibatkan aspek keselamatan penumpang.

“Kami tidak akan bertoleransi dengan sebarang tingkah laku yang mengganggu gugat keselamatan penumpang dan kementerian bersedia menyokong pihak mangsa dalam memastikan tindakan polis diambil terhadap pelaku,” tegasnya.

Terdahulu, satu klip video yang dipercayai dirakam oleh penumpang wanita berkenaan tular di media sosial, memaparkan pemandu tersebut dilihat menghulurkan tangan ke bahagian belakang untuk menyentuh mangsa sebelum wanita itu menepis tangan lelaki berkenaan.

Menerusi video sama, pemandu terbabit juga didakwa bertanya dalam bahasa Mandarin mengenai umur mangsa serta mengeluarkan soalan tidak senonoh berkaitan bayaran untuk ‘melanggan’ wanita tersebut.

Sebelum ini, pihak polis memaklumkan sedang mengenal pasti pemandu e-hailing yang terlibat susulan laporan dan rakaman video berhubung dakwaan gangguan seksual dalam kenderaan terhadap seorang penumpang wanita.

BACA JUGA:  Aina Abdul luah rasa sebak, tuntut keadilan buat arwah Zara Qairina
Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...