Tiket persembahan solo ‘DUKES QUEST’ habis terjual dalam dua minggu

KUALA LUMPUR – Kumpulan muzik alternatif tempatan, DUKES, bakal mencipta sejarah peribadi apabila tampil dengan persembahan solo pertama mereka DUKES QUEST sebuah pementasan istimewa yang menggabungkan elemen muzik dan teater dalam satu pengalaman imersif seakan muzikal pentas yang dijadualkan berlangsung sabtu ini, jam 7.00 malam di Drumasia, Sri Hartamas.

Di bawah naungan Alternate Records, persembahan DUKES QUEST menjadi penanda aras baharu dalam perjalanan seni DUKES apabila mereka tampil dengan konsep pementasan menyeluruh yang menggabungkan muzik, lakonan dan penceritaan secara berlapis, berbeza daripada persembahan konsert konvensional.

Menerusi persembahan ini, DUKES akan membawakan keseluruhan lagu ciptaan asal mereka yang telah dilancarkan setakat ini, selain memperkenalkan sebuah lagu baharu yang bakal dimuatkan dalam album akan datang. Pendekatan ini bukan sahaja memberi nilai eksklusif kepada penonton, malah memperlihatkan arah muzik dan naratif yang bakal diterokai band tersebut pada masa hadapan.

Sambutan luar biasa peminat terhadap DUKES QUEST turut terserlah apabila tiket persembahan ini habis terjual dalam tempoh hanya dua minggu, sekali gus mencerminkan sokongan padu serta kepercayaan peminat terhadap visi artistik DUKES.

Selari dengan konsep penceritaan dan lakonan yang diketengahkan, pementasan ini mengangkat tema zaman pertengahan bagi menghidupkan suasana pentas, sekali gus membolehkan penonton menyelami pengalaman menonton yang lebih mendalam, dramatik dan interaktif.

Lebih istimewa, persembahan akan dimulakan dengan pembuka tirai oleh Laisa daripada Fuad Duo sebelum DUKES mengambil alih pentas utama dan membawa penonton menyusuri sepenuhnya perjalanan muzik serta naratif yang dibina khas untuk malam bersejarah itu.

Persembahan ini juga mencatat satu lagi pencapaian penting buat DUKES apabila mereka bakal memperkenalkan barangan cenderamata rasmi pertama, yang hanya akan dijual secara eksklusif pada malam persembahan, sekali gus menjadikan pengalaman DUKES QUEST lebih istimewa dan bermakna buat para peminat.

BACA JUGA:  Naim Daniel cabar keterangan saksi utama melalui pautan video
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...