Dua remaja ditahan ‘wheelie’, seret kepala atas jalan raya

KUALA LUMPUR – Dua remaja yang dikesan melakukan aksi berbahaya ketika menunggang dan membonceng sebuah motosikal di Jalan Tun Razak pada 30 Januari lalu, ditahan polis awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kejadian itu dikesan susulan tularnya sebuah video berdurasi 14 saat di media sosial.

“Video tersebut dimuat naik di Facebook memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis 135LC dan melakukan aksi mengangkat roda hadapan (wheelie). Pada masa sama, pembonceng turut melakukan aksi berbahaya dengan menyeretkan kepala di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Unit Risikan/Operasi JSPT Kuala Lumpur berjaya mengesan dan menahan kedua-dua individu terbabit di kediaman masing-masing di sekitar Sungai Buloh, lebih kurang pukul 2 pagi hari ini.

“Tangkapan melibatkan seorang lelaki berusia 18 tahun sebagai penunggang dan seorang lagi lelaki berusia 15 tahun sebagai pembonceng,” jelas Mohd. Zamzuri.

Polis turut merampas motosikal yang digunakan semasa kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan orang awam.

BACA JUGA:  Sarjan tentera direman tujuh hari disyaki cabul pelajar MRSM
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...