Hasif bantu ibu niaga sejak darjah dua, kuih raya ‘homemade’ 17 tahun jadi pilihan pelanggan

SHAH ALAM – Seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) Gombak, Muhammad Hasif Insani Hasrol Fahmy, 24, memanfaatkan bulan Ramadan dengan membantu ibunya menjual kuih raya di SACC Mall yang dianggapnya sebagai “rumah kedua”.

Menurut Hasif, walaupun kini sedang menyambung pengajian, dia sudah biasa berniaga dan membantu ibunya sejak kecil lagi.

“Saya memang dah tolong mak meniaga daripada darjah dua atau tiga lagi. SACC Mall ni memang macam rumah kedua saya,” katanya ketika dihubungi MYBERITA.

Ibunya, Siti Rahimah Diaudin yang telah 17 tahun berniaga di SACC Mall setiap kali Ramadan, mengusahakan sepenuhnya pembuatan kuih raya bersama suaminya di rumah.

“Semua kuih raya ini 100 peratus homemade. Mak dan ayah saya buat sendiri dekat rumah,” jelasnya.

Menurut Hasif, kuih raya yang ditawarkan terbahagi kepada dua kategori iaitu tradisional dan moden. Bagi kuih tradisional seperti Peanut Butter Bonda, Biskut Kelapa Bonda, Semperit Klasik dan Makmur Bonda, resepinya merupakan warisan turun-temurun daripada neneknya.

Manakala bagi kategori moden, antara yang menjadi pilihan pelanggan termasuk Black Callebout Seasalt, Callebout Chocolate Chip, Red Velvet Cookies, Mama Carey Pistachio serta pelbagai variasi Cornflake Crunchy.

“Biasanya pelanggan ikut selera masing-masing. Ada yang memang cari kuih lama, ada juga yang suka yang moden dan premium,” katanya.

Selain itu, antara kuih lain yang dijual termasuk Almond London Klasik, Almond London Oreo, Cheese Tart, Chocolate Tart Cadbury, Hazelnut Pod, Snowy Chocolate, Suji Melting, Tart Gulung Blueberry, Tart Gunting, Pretzel Matcha, Popia Nestum dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan adalah berpatutan iaitu antara RM32 hingga RM42 sebalang.

Menurut Hasif, perniagaan kuih raya ini dijalankan khusus sepanjang bulan Ramadan setiap tahun. Pada hari biasa, ibunya sebelum ini mengusahakan tender kantin sekolah, namun tidak lagi menyambung kontrak pada tahun ini.

BACA JUGA:  Penggali kubur mengaku tak salah \'sentuh\' budak lelaki

Sebagai langkah baharu, keluarga mereka kini dalam proses membuka sebuah kafe yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian di Klang.

“Insya-Allah pertengahan atau hujung tahun ini kafe itu akan mula beroperasi,” katanya.

Walaupun pernah berdepan cabaran untuk memperkenalkan jenama kuih raya mereka, terutama ketika keadaan pusat beli-belah kurang meriah, Hasif bersyukur kerana perniagaan ibunya semakin dikenali dan mempunyai pelanggan tetap yang kian bertambah setiap tahun.

“Daripada orang tak kenal, Alhamdulillah sekarang makin ramai pelanggan tetap. Kami buat perlahan-lahan, yang penting kualiti dan keikhlasan,” katanya.

Gerai kuih raya Siti Rahimah beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam sehingga malam raya di SACC Mall Shah Alam.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...