Tragedi lima sekeluarga terkorban, Zahid hulur bantuan, ajak sambut raya bersama

RAUB – Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi akan menghulurkan bantuan kepada dua beradik yang kehilangan lima ahli keluarga dalam kebakaran rumah di Kampung Pamah Kulat, di sini, pada Khamis (26 Februari).

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat (27 Februari), beliau menegaskan komitmen untuk menjaga kebajikan serta memastikan kelangsungan pendidikan Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan adiknya, Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15.

Menurutnya, beliau berkesempatan mengadakan panggilan video bersama keluarga berkenaan dan tersentuh dengan ketabahan yang ditunjukkan kedua-dua remaja itu dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

“Saya amat tersentuh melihat ketabahan Ruby Adalia Balqis dan Ahmad Balia Murqam dalam menempuh ujian berat ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengundang dua beradik berkenaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama agar mereka tidak berasa keseorangan dalam menempuh detik sukar tersebut.

“Sama-samalah kita mendoakan agar roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ahli keluarga yang masih ada dikurniakan kekuatan serta ketabahan,” tambahnya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, mangsa yang terkorban ialah Mohd Alawi Muhammad, 56; isterinya, Zaleha Adam @ Ibrahim, 44; serta tiga anak perempuan mereka, Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10.

Kesemua jenazah selamat dikebumikan bersama di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada pukul 11.45 malam Jumaat.

Ruby Adalia Balqis yang merupakan pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan serta Ahmad Balia Murqam, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dong, Raub, tidak berada di rumah ketika kebakaran berlaku. – MYBERITA

BACA JUGA:  KJ mahu kembali perkukuh UMNO dalam masa terdekat
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...