BANDAR RAYA KUWAIT – Tiga jet pejuang Amerika Syarikat (AS) jenis F-15 ditembak jatuh di ruang udara Kuwait dalam insiden ‘tembakan rakan’, menurut Markas Perintah Pusat AS (Centcom) hari ini.
Pegawai Centcom memaklumkan ketiga-tiga pesawat itu tersilap disasarkan oleh sistem pertahanan udara Kuwait ketika operasi menyokong perang AS-Israel menentang Iran.
Semua enam kru pesawat selamat selepas menggunakan kerusi anjal dan telah ditemui.
Punca insiden masih dalam siasatan lanjut oleh pihak berkuasa. – AGENSI

