Kabel dicuri, penumpang terpaksa tunggu lama… MRT laluan Putrajaya alami gangguan

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan bahawa perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan bekalan kuasa antara Stesen Sungai Buloh dan Stesen Damansara Damai.

Menurut kenyataan Rapid Rail, siasatan awal pasukan kejuruteraan mendapati berlaku kecurian kabel bekalan kuasa berhampiran Stesen Damansara Damai, menyebabkan gangguan perkhidmatan yang serius dan memerlukan kerja-kerja pembaikan berskala besar sehingga tamat waktu operasi hari ini.

Bagi memastikan perjalanan penumpang terus lancar, pihak operasi telah menyediakan perkhidmatan tren alternatif iaitu tren dari Stesen Putrajaya Sentral berpatah balik di Stesen Metro Prima (kekerapan enam minit), tren perantara ulang-alik antara Stesen Metro Prima dan Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit), serta tren dari Stesen Kwasa Damansara berpatah balik di Stesen Damansara Damai (kekerapan lapan minit).

Rapid Rail menasihatkan penumpang supaya bersedia untuk waktu menunggu lebih lama terutama di antara Stesen Metro Prima hingga Stesen Damansara Damai.

Anggota polis bantuan dan petugas stesen ditempatkan di platform dan ruang legar untuk membantu penumpang, manakala pengumuman berkala mengenai jadual perjalanan tren turut dibuat di stesen. Penumpang digalakkan menggunakan pengangkutan alternatif jika perlu. – MYBERITA

BACA JUGA:  KPM perketat SOP, tiada kompromi terhadap kes buli di sekolah
Wani Adawiyah
Wani Adawiyah
waniadawiyah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...