“Pasukan operasi Rapid Rail terus menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan kestabilan perkhidmatan dan kelancaran perjalanan penumpang di sepanjang laluan,” menurut kenyataan itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, anggota polis bantuan serta petugas stesen masih ditempatkan di platform dan ruang legar untuk membantu penumpang sekiranya diperlukan.
Rapid Rail turut menasihati penumpang agar merujuk laman sosial rasmi Rapid KL bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung perkhidmatan.
Syarikat itu juga merakamkan penghargaan atas kesabaran penumpang sepanjang tempoh gangguan selain memohon maaf atas kesulitan yang dialami. – MYBERITA








