Rayuan akhir ditolak, Rosmah gagal singkir hakim kes projek solar

PUTRAJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal dalam rayuan akhirnya untuk menyingkirkan Hakim Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang mensabitkannya dalam kes rasuah projek tenaga solar bernilai RM1.25 bilion melibatkan 369 sekolah di pedalaman Sarawak.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia yang dipengerusikan Datuk Nordin Hassan sebulat suara menolak rayuan tersebut selepas mendapati tiada kesilapan undang-undang atau fakta serius yang mewajarkan campur tangan mahkamah tertinggi itu.

Menurut Nordin, Rosmah, 74, gagal membuktikan wujudnya bahaya sebenar berat sebelah oleh Mohamed Zaini ketika menyampaikan keputusan pada 1 September 2022.

Mahkamah turut memutuskan bahawa Mohamed Zaini tidak melanggar Kod Etika Hakim 2009 berhubung dakwaan pembocoran draf penghakiman yang didakwa disediakan oleh Unit Penyelidikan Mahkamah Kuala Lumpur.

Turut bersidang dalam panel itu ialah Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azimah Omar.

Sebelum ini, Rosmah memfailkan notis usul pada 26 Ogos 2022 bagi memohon hakim berkenaan menarik diri atas alasan meragui integriti susulan insiden kebocoran dokumen penghakiman yang disiarkan sebuah portal berita.

Beliau juga memohon supaya keputusan kes solar digantung sementara menunggu penyelesaian permohonan tersebut serta siasatan terhadap laporan polis berkaitan.

Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan mendapati keputusan hakim bicara untuk tidak menangguhkan prosiding adalah wajar dan tidak melanggar prinsip keadilan asasi atau hak perlembagaan pemohon.

Panel turut menegaskan bahawa tiada prosedur yang tidak dipatuhi dalam kes berkenaan dan tiada kesilapan yang boleh dirayu sehingga memerlukan campur tangan mahkamah.

Pada 1 September 2022, Mohamed Zaini mensabitkan Rosmah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek solar hibrid tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak, selain denda RM970 juta dengan hukuman penjara tambahan 30 tahun sekiranya gagal membayarnya. – MYBERITA

BACA JUGA:  Rayuan Peguam Negara halang semakan kehakiman Najib diputuskan hari ini
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...